Friday, July 1, 2011

ini aku menyakini juga kamu

bagaimana ini
apakah mungkin terjadi
bukan alasan ini adalah sinar
kerapkali bertatahkan alasan
yang bahagia tetap pergi
semua duniawi

yang hadir kan pergi jua
yang baru kan berganti lama
itu songsang
roda jua kehidupan ini
itu terbaik bulat melawan segitiga

halus budi tak pernah terlihat
keluaran apa ini? bukan planet bumi
zahir terlihat yang batin jangan mimpi publisiti
tak kan nampak semuanya Allah yang tahu

ini bukan alasan mahu pergi
ketentuan itu pasti kalau ada iman
kecewa bukan sekali bahkan akan datang lagi
campakkan sahaja ragu-ragu
dan mulakan percaya pada ilahi

semakin akhir penamat segalanya
namanya itu noktah pada kehidupan
segala emosi terwujud terhapus sekilap mata
madah pujangga kan juga lekang luput lapok

kawan kamu mampu habisi nya
kawan juga lawan apalagi kamu cari
persiapkan diri pabila bulan tiada cahaya
pasti kekok kami menghadapinya

lambungan kata-kata tak selalunya bersih
hati terusik itu perlu untuk kesedaran
manusia ini nama nya akhir zaman
aku sedang tersangkut dalam fitnah

takutkan mata satu yang melihat semuanya
apalagi ianya bermain dengan segitiga
kan kering juga air yang itu pernah nanti kita harungi
jangan berhentikan aku yang akan siap sedia menghadapi

kosong akal kalau tidak cuba mengerti
buta hati kalau tidak mahu bukakan iman
sekarang bukan masa mahu percaya takdir
putuskan nadi bukan urusan kamu

akhiri nafas ini bukan mati
bekukan hidup untuk celik lagi
itu kosong memamah pekerti
jalankan saja tugas dan biarkan semua terjadi




Monday, April 11, 2011

to Alwani Binti Ahmad Musahar

let's
have some time,
for you and me
searching the miracle mesmerizing circle
circle of connecting from me to you
circle for our entire life
circle of hopes
circles of engagement

Friday, September 17, 2010

N.W.O

new world order


setelah beberapa bulan lalu aku melihat indie film the arrival
mata dan penglihatan aku banyak terbuka kepada benda sekeliling
membawa aku kepada beberapa pendedahan yang sangat memeranjatkan
menyedarkan aku betapa hampirnya kita dengan hari kiamat

"the arrival" membawa aku menyelongkar kepada isu-isu penting yang patut kita tahu
sebagai seorang islam.
seperti mana sebuah hadis yang pernah aku dengar, Nabi kita menyifatkan umat akhir zaman umpama buih di lautan, walaupun ramai tetapi iman yang sangat rapuh umpama buih itu sendiri.
sepertimana hadisnya juga, sampai tempoh masa pada akhir zaman memegang islam itu seperti memegang bara api. Sukar untuk kita menjalani kehidupan islam yang sebenarnya pada masa sekarang


Aku kini sedar, benda yang paling berbahaya adalah telivisyen, bagaimana ianya membawa pelbagai motif daripada pelbagai sudut. Umat islam kini berdepan dengan fitnah secara besar-besaran. bagaimana pula dengan kehidupan kita yang telah di atur, jika anda mengetahui, kehidupan kita adalah satu perancangan besar-besaran bagi menunggu ketibaan dajal. Cuba anda kaji tentang ya'juj dan ma'juj, yang kini dengan dalilyang kukuh telah pun bebas. Lihat di laman web berikut http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/



Wallahhuallam,

Saya minta perlindungan dan petunjuk daripada mu Ya Allah agar mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Jauhkan hambamu ini daripada fitnah dajal. amin..

Saturday, July 24, 2010

aku "keji"

perkara apa lagi yang boleh memeranjatkan?
semakin lama semua kejutan bagaikan angin
yang hanya boleh mendamaikan
tanpa meninggalkan selirik senyuman

sebutir beras mengenyangkan
setitik air menghapus dahaga
walaupun sedikit,
mampukah aku bersyukur?

SOMBONG BODOH,
malu lah pada Allah

Friday, July 23, 2010

muhasabah diri

bosan.
aku memang hanya tulisan.
tiada barisan gambar.
serta tiada barisan video.

cuba sejauh-jauhnya tidak mengambil perhatian
bukan sejujurnya "low-profile"
manusia perlu populariti juga
tapi yang "sedang" lebih islamik
"wasatiah"

sejujurnya adalah cuba tidak hipokrit!

tapi insan ini masih lemah
lemah iman sebetulnya

muhasabah diri

Tuesday, July 20, 2010

4 hari di tahun lepas dan tahun ini.

4 hari

tahun lepas;
demam, lalu tak wajib berpuasa
1 ramadhan 1430 : sarapan
2 ramadhan 1430 : makan tengah hari
3 ramadhan 1430 : minum petang
4 ramadhan 1430 : makan malam

hati terluka menyambut ramadhan tahun lepas.

maka;

4 hari
tahun ini;
5 Syaaban 1431, demam,
sekali lagi, 4 hari


puasa ku masih tidak berganti.
aku sebenarnya "RISAU"!!!!!!


Monday, June 28, 2010

BANGUN!!

bolehkah aku merasa terlalu putih?
sebab diriku tidak pernah bersih.

angan-angan itu bagaimana hendak ditinggalkan

Asyik terpesona dengan diri sendiri,
terbuka semua pintu neraka.


NOR HERWAN RASIMAN. BANGUN!!