Friday, April 24, 2009

bantuan




"makcik memang takde duit naak.lain kali beritahu la makcik awal-awal.takde la makcik datang sini jauh-jauh nak ambil duit.Datang lepas tu takde duit pulaak.kesian makcik nak bayar duit teksi lagi.ni nak balik pon takde duit tambang."

(makcik ni datang seminggu sekali dan tak ingat dia pernah datang sebelumnya.Dengan pakai tudung sekolah cucunya yang siap ada logo sekolah.Tolong jangan abaikan ibu anda)

Saturday, April 18, 2009

ini bukan tempat aku
aku tak selesa, lalu aku berjalan lagi
basah ketiak dan peluh menitis lagi
makin hamis bau ku
pasti semua gadis tidak peduli
ah! aku peduli apa!
aku mau selesa, lalu aku berjalan lagi
inilah lokasi kebahagiaan yang aku dambakan
inilah lokasi indah yang seringkali aku impikan
tapi ini memang bukan tempat aku
manusia lain seperti mengejek seolah aku makhluk asing
ah! aku peduli apa!
berlegar lagi aku di bulatan kemajuan
terlalu maju aku di sini, terlalu canggih aku di sini
sehingga terlupa diri hilang semua pekerti
ya...semestinya aku di sebuah lokasi.
lokasi bahagia tapi tiada erti
lokasi cinta membutakan diri
lokasi di hindarkan seorang diri.





(tolonglah sekali lagi dan mungkin berkali-kali.aku tak mahu hanyut.aku semakin lemah...)

Friday, April 17, 2009

terbuang.
terhina.
terluka.
terkilan.
terlarang.
terabai.
terasing.

semakin dekat.bukan sampai.
semakin jauh.bukan lari.
semakin bahagia.bukan gembira.

syukur.
redha.
tawakal.
berkat.
dan mungkin..insyaAllah.

manusia bukan mudah.
jalan bukan senang.
tunggu mati tinggalkan diri.
ada bekal bukan kosong.

(tolonglah..aku dah lama tak muhasabah diri,selalu hanyut.sangat beremosi tika ini.lebih beremosi dari dulu.mudah mudahan aku tak lupa yang satu)